fbpx

Mak cik Aliah hilang, keluar rumah sejak semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliah

TAMPIN – Polis sedang mengesan seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak pagi semalam di Felda Sungai Kelamah, Gemas, di sini.

Aliah Omar, 74, disedari tiada di rumah oleh anaknya kira-kira pukul 7.30 pagi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Amiruddien Sariman, polis menerima maklumat mengenai kehilangan berkenaan oleh anaknya pada pukul 8.02 pagi tadi.

“Anak mangsa bimbang apabila ibunya tidak pulang-pulang ke rumah seperti kebiasaannya. Warga emas ini tidak mempunyai kenderaan dan hanya berjalan kaki.

“Kali terakhir keluar dari rumah, warga emas berkenaan memakai baju kurung berwarna biru dan bertudung. Ketinggian warga emas berkenaan kira-kira 160cm dan berat 50kg,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi warga emas tersebut boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd Rodzi Masa’at yang juga Ketua Polis Balai Gemas di talian 07-9481221 atau mana-mana balai polis berhampiran.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI