fbpx
RAMAI dalam kalangan peminat menyuarakan hasrat untuk melihat aktres popular itu kembali memakai hijab suatu hari nanti.

Diminta kembali berhijab, Uqasha terima teguran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon Uqasha Senrose menerima teguran secara terbuka daripada peminat yang memasang hasrat untuk melihat dirinya kembali bertudung suatu hari nanti.

Perkara tersebut menjadi perhatian selepas seorang individu menulis komen ingin melihat bintang drama Setelah Terlafaznya Akad itu memakai tudung.

Meskipun begitu, Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 30, tidak marah dengan permintaan tersebut namun menerimanya dengan lapang dada.

Malah, dia turut memuji tindakan individu berkenaan yang memberi komen dengan cara berhemah.

“Insya-Allah terima kasih atas doamu. Mana tahu terbuka hati dengan teguran yang sangat menjaga hati,” balasnya dalam ruangan komen.

Sebelum itu, dia menerima banyak komen daripada netizen yang melahirkan rasa seronok sekiranya dia kembali menutup aurat seperti yang pernah dilakukan sekitar 2013.

Malah, ada juga yang menggelar wajahnya mirip penyanyi terkenal antarabangsa, Adele susulan foto yang dimuat naiknya itu.

“Cantiknya rambut Uqasha, nak lihat awak berhijab. Nanti lagi cantik begitu,” kata individu tersebut.

Sebelum ini, isu netizen ingin melihat isteri aktor Kamal Adli itu kembali bertudung bukan satu perkara asing kerana keinginan tersebut pernah beberapa kali disuarakan oleh peminatnya.

Sebelum ini, Uqasha pernah memakai tudung sekitar 2013 namun selepas tiga tahun, dia mengejutkan banyak pihak dengan keputusan tidak lagi tampil bertudung. – KOSMO! ONLINE

POPULAR