fbpx

Pinjam ah long untuk bertaruh lebih besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Premis makanan sering dijadikan bookie dan kaki judi untuk membuat pertaruhan mencecah jutaan ringgit. – GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Polis tidak menolak kemungkinan kaki judi Piala Dunia sanggup berhutang dengan ah long selepas membuat pertaruhan melebihi kemam­puan mereka untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, bukan itu sahaja, kaki juga juga rela membuat hutang dengan rakan sekerja, kawan-kawan dan isteri sendiri untuk membayar hutang dan membuat pertaruhan baharu.

Katanya, ada kaki judi membuat pertaruhan melebihi kemampuan mereka.

“Ada bookie membuka pertaruhan secara tunai dan online atas kepercayaan kepada pelanggan yang mereka kenal.

“Polis juga percaya mereka membuat pinjaman dengan ah long untuk melangsaikan hutang,” katanya.

Menurut Kamarul Zaman, keadaan itu mengundang kepada peningkatan jenayah lain termasuk dikejar ah long kerana tak bayar hutang, pergaduhan dan mengganggu ketenteraman awam.

Tambahnya, sindiket kini sedang mempergiatkan aktiviti mereka menjelang perlawanan Piala Dunia yang memasuki fasa kalah mati dan menuju ke peringkat akhir untuk mendapat komi­sen lebih lumayan.

“Biasanya bila sampai fasa ini, pertaruhan akan menjadi besar hingga mencecah jutaan ringgit,” katanya.

Sehubungan itu, Kamarul Zaman menegaskan, polis melakukan Op Soga dalam memerangi kegiatan judi itu dan mereka yang ditahan boleh disiasat mengikut Seksyen 4(1)(d), Seksyen 6(1) dan Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.

Mereka yang terlibat boleh didenda RM200,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI