fbpx

Harga tiket final Piala Dunia semahal Proton X70

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harga tiket perlawanan akhir dan perlawanan Jerman menentang Jepun sebelum ini yang dikongsi di laman Facebook oleh seorang individu.

PETALING JAYA – Ibarat membeli sebuah Proton X70.

Itulah harga yang perlu dibayar peminat bola sepak untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia yang berlangsung di Qatar pada 18 Disember ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sukan Star TV, seorang individu telah berkongsi harga tiket berkenaan yang bernilai kira-kira RM113, 801 atau bersamaan (€24,156).

Selain tiket perlawnan akhir, turut dikongsi oleh individu tersebut adalah tiket perlawanan bagi Jerman menentang Jepun sebelum ini yang berharga kira-kira 800 Qatari Rial atau bersamaan RM965.78.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai komen terhadap perkongsian individu tersebut.

“Dah beli sekeping untuk final nanti.. tukar dengan buah pinggang,”tulis Ezzat Roslan.

“Patutlah berebut negara nak buat world cup, berbilion pulangan dia,” kata Ariff Saifullah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Fauziah Hanim Daud.

“Ya Allah mahalnya… boleh beli sebijik rumah. Tengok kat tv ajelah,”komennya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI