fbpx

Nik Nazmi fokus teliti isu-isu mendesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi mengimbas cap jari perakam waktu pada hari pertama tugas rasminya di sini, hari ini.

PUTRAJAYA- Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, bertekad untuk meneliti isu-isu mendesak yang memerlukan perhatian di bawah kementerian sebelum membuat sebarang pengumuman selanjutnya.

Nik Nazmi berkata, beliau telah pun diberikan taklimat mengenai isu-isu besar di bawah portfolio kendalian kementeriannya.

“Sebagaimana kita maklum, portfolio ini menggabungkan dua kementerian dan memang antara isu yang agak hangat, kita akan ‘go through’ minggu ini sebelum teruskan dengan sebarang pengumuman lanjut.

“Jadi, bagi ruang sebab baru hari Sabtu kita angkat sumpah dan hari ini ada mesyuarat Kabinet khas dan lepas itu ada beberapa perkara kita akan selesaikan dengan portfolio masing-masing,” katanya menerusi sidang akhbar di sini tadi.

Jelas Nik Nazmi, beliau akan meneliti isu-isu mendesak yang memerlukan perhatian di bawah kementerian berkenaan sebelum membuat sebarang pengumuman selanjutnya.

“Nama sedia ada (sekarang) Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, jadi kita tahu bahawa itu adalah isu-isu yang besar dan mungkin kadang-kadang orang tak sedar air dan tenaga termasuk di bawah portfolio ini.

“Justeru, beban kerjanya juga besar. Kita akan ‘go one by one’ (teliti satu persatu) apa isu yang mendesak yang kita akan cuba bawakan.

“Saya pernah ulas mengenai isu perubahan iklim, banjir dan alam sekitar, sekarang perkara ini orang dah benar-benar prihatin, kalau dahulu orang bercakap sahaja tanpa memahami impak tapi sekarang kita lihat impaknya, benda itu memang jadi ‘demand’ (permintaan) orang ramai,” jelasnya.

Terdahulu, beliau yang mengenakan sut berwarna biru gelap disambut pengurusan kanan sebaik tiba di lobi bangunan kementerian pada pukul 8.30 pagi untuk sesi ‘clock in’

Ahli Parlimen Setiawangsa itu kemudiannya mengimbas cap jari perakam waktu dan terus masuk ke pejabatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI