fbpx

Melaka Boys juara ICFL B16 Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Melaka Boys meraikan kejayaan muncul juara Kejohanan ICFL B16 Kebangsaan di Stadium Mini Shah Alam semalam.

PETALING JAYA – Pasukan Melaka Boys muncul juara Kejohanan ICFL bawah 16 tahun (B16) Kebangsaan selepas menewaskan Mutiara Soccer All Star A 1-0 di pentas final di Stadium Mini Shah Alam semalam.

Kejayaan itu membolehkan Melaka Boys membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000 beserta Piala Super ICFL, piala pusingan dan juga sijil penyertaan sementara Mutiara Soccer All Star A membawa pulang RM1,200.

Tempat ketiga pula dimenangi Mutiara Soccer All Star B yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM800 selepas menewaskan Penang Panther FC dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Presiden ICFL, Datuk Kamil Mokhtar berkata, sebanyak 16 pasukan dari seluruh negara telah berentap dalam kejohanan berkenaan dan ia merupakan pentas terbaik untuk mencungkil bakat-bakat baharu.

Menurutnya, penganjuran kali ini lebih meriah kerana dianjurkan ketika seluruh peminat bola sepak berada dalam kehangatan Piala Dunia 2022 yang sedang berlangsung di Qatar.

“Empat pasukan terbaik kejohanan iaitu Melaka Boys, Mutiara Soccer All Star A dan B serta Penang Panther FC layak automatik ke Piala ICFL B17 Peringkat Asean di Kuala Lumpur pada Mei tahun depan.

“Empat negara sudah mengesahkan penyertaan iaitu Thailand, Indonesia, Kemboja dan Laos untuk Piala ICFL B17 Peringkat Asean. Platform ini akan menjadi pentas tertinggi untuk mereka mempamerkan bakat,” katanya ketika ditemui pemberita.

Sementara itu, Kamil turut berharap agensi-agensi kerajaan dan swasta tampil memberikan sokongan padu kepada penganjuran kejohanan domestik bagi melahirkan pemain berkualiti sebagai pelapis kepada pasukan kebangsaan.

“Untuk makluman, ICFL merupakan antara persatuan sukan atau penganjur yang paling aktif menganjur pertandingan liga domestik di peringkat umur di Selangor dan Kuala Lumpur bagi mencungkil bakat-bakat pemain remaja,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN