fbpx

Wanita cemas jari tersepit pada tingkap kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA itu dilihat cemas ketika kakitangan kereta api cuba mengeluarkan jarinya yang tersepit. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan detik cemas dialami oleh seorang wanita apabila jarinya tersepit pada tingkap sebuah kereta api, lapor laman berita Detik.

Video yang dimuat naik semalam itu memaparkan senario jari wanita berkenaan gagal dilepaskan setelah tersepit di tingkap.

Dua pegawai kereta api komuter (KRL) dilihat cuba membantu wanita itu mengeluarkan jarinya. Beberapa wanita lain dilihat turut mengerumuni lokasi kejadian.

Pengurus Perhubungan Luar dan Penjagaan Imej KAI Commuter, Leza Arlan berkata, kejadian itu berlaku Khamis lalu di dalam sebuah kereta api yang dalam perjalanan dari Duri menuju ke Tangerang.

“Jari manis tangan kiri penumpang yang memakai cincin tersepit di antara pemegang tirai tingkap komuter,” kata Leza.

Selepas kakitangan berjaya membantu wanita tersebut, perjalanan kereta api berkenaan kemudian diteruskan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI