fbpx

Pusingan Kedua Program Geran Komuniti Merdeka 118 mula dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Projek Merdeka 118 bukan sahaja menjadi mercu tanda buat negara tetapi memberi pelbagai ruang dan peluang kepada mereka yang kreatif untuk menghasilkan projek bermanfaat kepada masyarakat.

PETALING JAYA – PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. (PMVSB) anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), telah meneruskan Program Geran Komuniti Merdeka 118 untuk pusingan kedua yang telah dibuka permohonan penyertaannya sehingga 9 Januari tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif PMVSB, Tengku Datuk Aziz Tengku Mahmud berkata, bersandarkan kejayaan daripada Pusingan Pertama Program Geran Komuniti Merdeka 118 yang lalu, pihaknya teruja untuk meneruskan usaha dengan  Think City bertujuan untuk memperkasa perniagaan setempat dan komuniti di kawasan ibu kota bersejarah Kuala Lumpur.

“Pusingan Kedua Program Geran Komuniti Merdeka 118 melambangkan kejayaan pusingan pertama yang telah menunjukkan impak positif yang nyata. 

“Selain mengeratkan hubungan silaturahim bersama komuniti di sekitar presint, kami turut menggalakkan keusahawanan, meningkatkan tahap keselesaan hidup serta mempertengahkan kebudayaan dan warisan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Pusingan Kedua Program Geran Komuniti Merdeka 118 merupakan kesinambungan daripada pusingan pertama yang telah dilancarkan pada Jun 2021. 

Pusingan tersebut telah menerima sambutan baik dengan penyertaan seramai 138 pemohon dari seluruh Malaysia.

Mengulas lanjut, Tengku Aziz menerangkan, bagi Pusingan Kedua Program Geran Komuniti Merdeka 118 itu, ia turut menyasarkan projek yang dapat menyokong dan menambahbaik projek-projek di bawah pusingan pertama lalu yang telah menunjukkan kemajuan dan impak positif daripada komuniti setempat.

Pemohon yang berminat untuk menyertai pusingan kedua itu, mereka boleh menghantar borang permohonan atas talian bermula 1 Disember lalu sehingga 9 Januari 2023 menerusi laman web rasmi.

Bagi sesi  fizikal pula adalah pada 13 Disember ini bertempat di pejabat  Think City Kuala Lumpur di Kuala Lumpur.

“Keutamaan akan bertumpu kepada bidang sukan, seni, pendidikan dan komuniti perniagaan.

“Sama seperti pusingan pertama, setiap pemohon mestilah terdiri daripada komuniti dan kejiranan di sekitar kawasan presint Merdeka 118 iaitu, Petaling Street, Bukit Bintang, Kampung Attap dan kawasan sekitar Pudu,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI