fbpx

Piala Dunia: Argentina masih trauma, selesa dianggap bukan pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARGENTINA enggan turun dengan perasaan terlebih yakin kerana percaya Australia miliki kemampuan untuk mengejutkan mereka. – AFP

DOHA – Sekalipun dilabel sebagai calon untuk menjuarai Piala Dunia kali ini, pengendali Argentina, Lionel Scaloni berpendapat sebaliknya apabila lebih selesa dengan status bukan pilihan untuk menghadapi Australia pada aksi 16 pasukan terbaik di Stadium Ahmad Ali awal pagi esok.

Pendekatan merendah diri Scaloni itu dilihat berpunca daripada trauma yang dialami anak buah­nya selepas dikejutkan dengan kekalahan 2-1 kepada Arab Saudi pada aksi pembukaan.

Walaupun bakal diperkuatkan oleh deretan pemain bintang yang diketuai Lionel Messi, Scaloni sesekali tidak mengambil mudah cabaran Australia.

“Australia adalah lawan sukar dan kami sudah dapat saksikan dalam skuad Arab Saudi. Jika kamu fikir Australia adalah lawan mudah, kamu sudah buat kesilapan kerana mereka sudah membuktikan sesuatu ketika menentang lawan yang sukar pada Piala Dunia kali ini.

“Semua perlawanan adalah sukar dan kami bukannya pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini. Jika kamu katakan sebaliknya kerana kami menang pada perlawanan ini (dengan Poland) dan kami mampu menang Piala Dunia, ia jelas satu kesilapan,” katanya.

Scaloni juga mengakui barisan kejurulatihan sudah pun memulakan tugas membuat analisis corak permainan Australia bagi merangka strategi terbaik.

“Kami perlu buat analisa dan memikirkan cara untuk mengecewakan mereka,” jelasnya.

Dalam masa sama, Scaloni dan Messi sependapat apabila membidas penganjur kerana Argentina hanya memiliki tempoh dua hari rehat sebelum turun ke perlawanan kalah mati.

“Saya fikir ia adalah sesuatu yang gila apabila terpaksa turun beraksi dalam tempoh dua hari.

“Kami perlu bersiap sedia dengan lebih baik. Saya harap kami mampu kekalkan apa yang kami pamer ketika menentang Poland,” kata Messi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI