fbpx

Pelantikan Mohd. Na’im selaras semangat Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na'im

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yakin dan percaya latar belakang dan pengalaman luas Menteri Agama, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar selaras dengan semangat Kerajaan Perpaduan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, Mohd Na’im mampu membawa hala tuju agensi agama ke arah reformasi pengurusan hal ehwal Islam berpaksikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Jakim mengucapkan syabas dan tahniah Mohd Na’im atas kepercayaan diberikan kerajaan untuk mengetuai pentadbiran agensi hal ehwal Islam di negara ini.

“Jakim selaku Sekretariat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yakin dan percaya bahawa Menteri Agama telah mendukung semangat MKI sebagaimana perubahan Peraturan MKI 2022 yang telah diperkenankan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-258 pada 9 hingga 10 Mac lalu,” katanya.

Katanya, semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat kepada Menteri Agama serta sentiasa diberi kekuatan untuk menjalankan amanah ini dengan cemerlang.

Mohd Na’im yang juga mantan Ketua Hakim Syarie dan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dilantik sebagai Menteri Agama di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI