fbpx

Budak umur 9 tahun hisap ganja tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak itu dirakam menghisap ganja di tepi pantai sambil bermain. - Thaiger

BANGKOK – Netizen menyuarakan kembimbangan mengenai keselamatan golongan belia di Thailand selepas beberapa gambar tular di media sosial memaparkan sekumpulan kanak-kanak berusia sembilan dan 10 tahun menghisap ganja di Pantai Pattaya, wilayah Chon Buri, lapor laman berita Thaiger semalam.  

Thailand menyahsenaraikan ganja sebagai narkotik terlarang pada Jun lalu untuk membenarkan orang ramai memanfaatkan khasiat tumbuhan itu.

Bagaimanapun, tiada perancangan awal atau undang-undang yang dilaksanakan dalam mengawal penggunaan ganja dan melindungi kanak-kanak daripada bahayanya.

Salah satu peraturan yang dilaksanakan ialah ganja tidak boleh dijual atau digunakan oleh sesiapa sahaja yang berusia bawah 20 tahun. 

Disebabkan ganja mudah diakses sehingga boleh dibeli daripada van dan peniaga jalanan, tidak hairan apabila sekumpulan pelajar sekolah rendah itu berjaya mendapatkannya.

Lelaki yang memuat naik gambar itu, Krittiwat Matrong, 35, berkata, dia terserempak dengan kumpulan budak lelaki itu ketika dalam perjalanan untuk menonton pertunjukan bunga api di Pattaya.

Ketika bersiap untuk menaiki bot, dia terserempak dengan kanak-kanak itu yang duduk bersandar pada dinding di tepi pantai sambil menghisap bong buluh.

Apabila Krittiwat memberi amaran, salah seorang daripada mereka berkata: “Saya tidak takut dengan kamu. Ayah saya seorang askar!.”

Netizen prihatin dengan kesejahteraan kanak-kanak itu dan ramai yang mengecam penjaga mereka kerana membenarkan mereka pergi ke Pantai Pattaya tanpa pengawasan.

Thailand baru-baru ini mewartakan ganja sebagai ‘herba terkawal’ dan mengharamkan semua pengiklanan tumbuhan itu. Bagaimanapun, orang ramai beranggapan tindakan itu sudah terlambat. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI