fbpx
FILEM arahan Syamsul Yusof dan terbitan Studio Kembara Sdn. Bhd., Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencecah hampir RM100 juta kutipan pecah panggung.

Mat Kilau menang Anugerah Khas Filem Box Office FFM32

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Filem arahan Syamsul Yusof, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan memenangi Anugerah Khas Filem Box Office Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung sebentar tadi.

Mencatat kutipan panggung hampir mencecah RM100 juta, filem terbitan Kembara Studio Sdn. Bhd. tersebut memegang rekod sebagai filem terlaris tanah air sepanjang zaman.

Karya dibintangi Datuk Adi Putra, Fattah Amin dan Beto Kusyairy terbabit turut tercalon dalam beberapa kategori utama pada malam ini, termasuk Pengarah Terbaik (Syamsul Yusof) dan Pelakon Lelaki Terbaik (Adi Putra).

Mengangkat tema Filem Kita, Citra Kita, FFM32 menyaksikan persaingan filem ditayangkan antara 15 Julai 2021 hingga 30 September lalu yang layak dipertandingkan dalam 22 kategori.

Filem Spilt Gravy arahan sutradara, Datuk Zahim Albakri Ikmal mendominasi 14 daripada 22 pencalonan dipertandingkan.

Mengekori rapat filem berkenaan ialah Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang meraih 13 pencalonan, diikuti Juang dan Abang Long Fadil 3, masing-masing dengan 10 pencalonan.

FFM32 dikendalikan pengacara, Awal Ashaari dan Che Puan Sarimah Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

POPULAR