fbpx

Mangsa ditimpa tiang elektrik bertarung nyawa di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Mohamad Naim (kanan) ketika diziarahi Ku Abdul Rahman di Kampung Belukar, Changlun semalam. Gambar kecil: Wan Aliff Danish Wan Mohamad Naim.

CHANGLUN – “Tolong doakan untuk Danish. Keadaannya masih kritikal.”

Demikian rayu Nor Zuraidah Zainon, 29, ibu kepada Wan Aliff­ Danish Wan Moha­mad Naim, 11, yang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekat sini akibat dihempap tiang elektrik di Kampung Belukar, di sini Selasa lalu.

Ujarnya, anak sulungnya itu masih bertarung nyawa ekoran kecederaan parah akibat insiden mengorbankan seorang rakannya.

Berita berkaitan: Luluh hati tengok cucu bawah tiang elektrik

“Danish masih tak sedarkan diri. Doktor maklumkan dia cede­ra pada badan termasuk pendarahan paru-paru selain tulang pipi retak. Saya hanya mampu berdoa agar dia kembali sedar walaupun peluang cuma 50-50.

“Saya harap semua dapat mendoakan Danish,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Terdahulu, Nor Zuraidah dan suaminya, Wan Mohamad Naim Wan Fadzilah, 30, yang juga merupakan peniaga menerima kunjungan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang hadir menghulurkan sumbangan.

Berita berkaitan: Kayu lapik tiang elektrik patah semasa tiga mangsa bermain

Dalam kejadian itu, Muhammad Aqil Wafiq Ruslizan, 10, maut akibat kecederaan parah setelah dihempap tiang elek­trik konkrit dipercayai seberat 800 kilogram ketika bermain di kawasan berkenaan.

Seorang lagi mangsa, Wan Faiz Ikram Wan Zaidy, 13, cedera pada bahagian badan dan menerima rawatan di wad biasa HSB.

Menurutnya, Wan Faiz Ikram yang juga merupakan anak saudaranya pula masih berada dalam keadaan trauma dan ketakutan akibat insiden tersebut.

“Faiz menceritakan detik-detik cemas itu kepada kami de­ngan menggigil kerana dia lihat sepupunya, Danish dan rakan­nya, Aqil, dihempap depan mata.

“Dia cerita dia sempat melompat keluar daripada runtuhan tiang yang bergolek itu sebelum menjerit minta tolong,” katanya.

Menurut Wan Mohamad Naim, ketika kejadian dia dan isterinya baru pulang berniaga di pekan Changlun sebelum terdengar bunyi dentuman dan riuh rendah dari kawasan longgokan tiang elektrik itu.

“Saya cuma dengar suara Faiz meminta tolong dan terus ke lokasi. Saya lihat orang ramai membantu menahan tiang elek­trik itu daripada terus menghimpit Danish dan Aqil,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI