fbpx

Warga emas rugi RM20,000, tujuh ekor lembu mati dipanah petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada tujuh lembu milik Ab Lah yang mati dipanah petir di Kampung Serunai, Mela, Lipis semalam.

LIPIS – Seorang warga emas, Ab Lah Mat Isa, 69, mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila tujuh ekor lembu ternakannya mati dipanah petir di Kampung Serunai, Mela dekat sini petang semalam.

Ab Lah berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7 petang ketika hujan lebat diikuti dengan  petir yang kuat berdekatan kandang lembu di kampung tersebut.

“Ketika hendak mengambil wuduk untuk menunaikan solat maghrib, saya sudah berasa tidak sedap hati bimbang keselamatan ternakan lembu yang dilepaskan di sekitar kandang lebih-lebih lagi ketika hujan dan petir yang kuat.

“Nyata saya berdepan ujian Allah, sebaik selesai solat subuh, seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan kandang lembu telah menghubungi saya memberitahu kejadian tersebut,” katanya di Kampung Serunai, Mela di sini hari ini.

Menurut Ab Lah, dia bergegas ke kandang ternakan itu dan terkejut apabila menemui bangkai lembu ternakan bergelimpangan tidak jauh di antara satu sama lain.

Warga emas yang juga pesara guru agama itu, berkata, kemungkinan tujuh ekor lembu yang mati dipanah petir itu berkumpul sambil berlindung di bawah pokok ketika hujan lebat dan petir.

Katanya, kejadian seumpama itu merupakan pertama kali pertama berlaku sejak dia mengusahakan ternakan lembu 20 tahun lalu.

Ujarnya, laporan polis telah dibuat manakala Pejabat Veterinar di sini turut dimaklumkan mengenai kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI