fbpx

Kereta elektrik Ora Good Cat kini di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jia Ming (lima kanan) ketika majlis pelancaran Ora Good Cat di EX8 di sini hari ini.

SUBANG JAYA – Great Wall Motors (GWM) telah melancarkan kereta elektrik pertamanya menerusi Ora Good Cat untuk pasaran Malaysia pada harga bermula RM139,800.

Menurut Presiden GWM Asean, Zhang Jia Ming, dua varian ditawarkan ialah ORA Good Cat 400 Pro dan ORA Good Cat 500 Ultra.

Katanya, model itu tampil dengan rekaan retro moden yang direka oleh bekas pereka Porsche, Emanuel Delta.

“Apa yang menarik untuk varian tertinggi iaitu 500 ULTRA mempunyai tempat duduk pemandu yang boleh mempunyai ciri-ciri mengurut, selain mempunyai bumbung panoramik.

“ORA Good Cat akan ditawarkan dalam dua pilihan kapasiti bateri lithium-ion phosphat 47.8kWh dan Ternary Lithium berkapasiti 63.1kWh yang masing-masing untuk varian 400 PRO serta 500 ULTRA,” katanya.

Tambahnya, proses mengecasnya bateri lithium-ion phosphat memerlukan masa kira-kira 46 minit untuk kapasiti 0 hingga 80 per. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI