fbpx

[VIDEO] Warga emas cemas kereta terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta di Lebuh Raya Utara-Selatan di Changlun pagi tadi.

CHANGLUN – Seorang wanita warga emas cemas apabila kereta dipandunya tiba-tiba mengeluarkan asap sebelum terbakar di Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu berlaku ketika warga emas yang mahu dikenali sebagai Hashimah, 60, dalam perjalanan melawat ibunya di Hosba dekat sini.

Menurutnya, dia cemas apabila ternampak asap keluar dari bahagian depan kereta jenis Nissan tersebut sebelum terhidu bau hangit.

“Bila nampak asap keluar dari enjin dan bau hangit, saya terus berhenti di tepi jalan dan keluar sebelum kereta terbakar.

“Saya memang panik dan terus telefon anak saudara yang tinggal berdekatan sebelum dia hubungi bomba untuk padamkan api. Alhamdulillah, nyawa saya panjang lagi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut bekas penjawat awam itu, dia sudah rasa tidak sedap hati ketika memandu untuk ke pasar Changlun pada pagi tadi untuk membeli barang basah sebelum ke rumah ibunya.

“Niat memang nak ke pasar dulu tetapi hati rasa tak sedap. Saya buat pusingan U untuk terus ke Hosba.

“Tidak lama kemudian, kereta berasap dan terbakar. Kereta ini memang rentung habis dan saya reda dan bersyukur kerana dapat menyelamatkan diri,” katanya yang berasal dari Sungai Petani.

Tambahnya, jalan tersebut merupakan laluan tetapnya dari Sungai Petani ke Hosba untuk menziarahi ibu yang uzur.

Sementara itu, anggota bomba dari Bukit Kayu Hitam di sini bertindak pantas memadamkan kebakaran berkenaan dan mengawal lalu lintas yang sedikit sesak akibat kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI