fbpx

Mengata anak orang memang seronok – Suliza Salam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULIZA Salam mengucapkan terima kasih dan menerima dengan hati terbuka segala teguran berhemah tentang kontroversi melibatkan anak lelakinya, Ismail Izzani.

PETALING JAYA – Penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam menyelar tindakan sebilangan netizen yang hanya pandai mengutuk kelakuan anaknya, Ismail Izzani berikutan penularan sebuah video ‘panas’ baru-baru ini.

Tegasnya, orang hanya tahu mengecam kesilapan individu lain tanpa memikirkan sebarang kemungkinan terhadap keluarga sendiri pada masa akan datang.

“Anak kamu nanti belum tahu juga lagi kan. Mengata anak orang memang seronok kan. Pengakhiran hidup belum tentu. Allah Yang Maha Pengampun.

“Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia atau siapa jua. Tapi Allah. Faham ya,” balasnya terhadap komen dilayangkan seorang pengikut dalam Instagram.

Kenyataan tersebut dizahirkan Suliza bagi menjawab sindiran seorang individu yang menyatakan dia bertuah kerana mempunyai anak ‘kaki’ kelab malam.

TANGKAP layar video panas didakwa Ismail Izzani yang ghairah mencium dan memeluk seorang wanita seksi di sebuah kelab malam.

Menerusi maklum balas susulan, ibu kepada tiga cahaya mata itu tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih selain menghargai teguran berhemah orang ramai.

“Syukur alhamdulillah. Terima kasih atas tunjuk ajar dan teguran. Semoga Allah melindungi dan merahmati kamu sekeluarga. Dijauhkan dari segala aib dan musibah,” katanya.

Sebelum itu, penyanyi lagu Untuk Sekali Lagi itu memuat naik hantaran tentang pengalaman mengundi, namun diserang netizan bertalu-talu berhubung video seorang lelaki mirip Ismail ghairah mencium wanita seksi di sebuah kelab malam.

Selain mencium pipi, video berdurasi tujuh saat tersebut turut menyaksikan tindakan lelaki itu merangkul dan mencium leher wanita terbabit.

“Bila dah terang-terang itu Mael (Ismail), tak boleh back up (pertahankan) dah. Apa lagi guna ayat agama. Jangan lupa tarik telinga Mael lagi bagi capang lagi. Degil sungguh pergi kelab,” kata seorang netizen.

Bagaimanapun, ramai netizen lain yang mengingatkan sesama sendiri supaya tidak menyalahkan Suliza yang melahirkan Ismail kerana dia sudah mendidik anaknya sebaik mungkin.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama penyanyi berusia 22 tahun itu terbabit dalam kontroversi berpelukan di kelab malam.

Empat tahun lalu, dia pernah berdepan kecaman hebat gara-gara aksi terlebih mesra dengan seorang aktres sensasi.

Malah selepas itu, timbul pula khabar angin mendakwa penyanyi lagu Luar Biasa itu sudah mendirikan rumah tangga secara rahsia kerana telah menghamilkan seorang wanita.

Bagaimanapun, Suliza tampil menafikan desas-desus tersebut yang menyifatkan hanya sebagai gosip liar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI