fbpx

Bagasi miliki kesan bom, remaja ditahan di lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gadis itu menjalani pemeriksaan selama 30 minit selepas penemuan bahan letupan itu. - TokTok

LONDON – Seorang wanita di Britain mengingatkan orang ramai agar tidak membeli bagasi terpakai selepas anak perempuannya ditahan di pintu keselamatan sebuah lapangan terbang, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Zoe Hoyle, memuat naik video amaran itu dalam akaun TikTok @zoeehoyle.

Dia merakam situasi anak perempuannya berada di lapangan terbang untuk berlepas ke Istanbul, Turkiye sebelum ditahan di pintu keselamatan untuk pemeriksaan bagasi.

Bagasi yang dibeli dari sebuah kedai amal itu didapati mempunyai kesan bahan letupan.

“Ambil perhatian, jangan beli beg pakaian dari kedai amal. Anak perempuan saya ditahan dan diimbas kerana bagasi itu mempunyai bukti bahan letupan yang digunakan untuk membuat bom,” katanya.

Zoe memaklumkan bahawa penemuan bahan letupan itu menyebabkan anak perempuannya terpaksa menjalani ‘pemeriksaan dan penyiasatan selama 30 minit’ sebelum akhirnya dibenarkan meneruskan perjalanan.

Video tersebut ditonton lebih 350,000 kali dengan ramai pengguna lain berkongsi cerita sama tentang masalah di lapangan terbang.

“Saya mengalami kejadian serupa apabila menggunakan beg galas lama milik anak saya yang digunakan untuk membawa bunga api,” kata seorang pengguna.

“Situasi sama berlaku kepada saya melibatkan pemegang kereta sorong anak saya,” kata pengguna lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI