fbpx

Polis beri alasan ganja 581 kilogram musnah dimakan tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semua dadah yang dirampas didakwa telah musnah dimakan tikus. – Getty Images

NEW DELHI – Polis bandar Mathura, dalam negeri Uttar Pradesh, India, mendakwa sehingga 581 kilogram (kg) ganja musnah akibat dimakan tikus semasa bahan terlarang itu dirampas dan disimpan di sebuah gudang di daerah Bareilly, lapor laman berita Wion News semalam.

Dakwaan tersebut dibuat selepas sebuah mahkamah khas di bawah Akta Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik (1985) meminta jabatan polis Mathura menunjukkan ganja yang dirampas dalam satu kes didaftarkan di bawah akta tersebut.

Hakim daerah meminta Superintendan Kanan Polis Mathura, Abhishek Yadav untuk menghapuskan ancaman tikus dan menunjukkan bukti bahawa haiwan pemusnah itu memakan 581 kg ganja yang bernilai AS$73,474 (RM327,514).

“Pegawai di balai polis Shergarh dan Highway mendakwa bahawa ganja seberat 581 kg yang disimpan di dalam gudang musnah dimakan tikus.

“Polis telah berusaha sebaik mungkin untuk melindungi bahan tersebut yang disimpan di situ. 

“Mahkamah telah mengarahkan polis mengemukakan bukti berkaitan dakwan itu dan menetapkan 26 November ini sebagai tarikh perbicaraan seterusnya,” kata pendakwa raya khas, Ranveer Singh.

Polis Mathura dalam penjelasannya kepada mahkamah memberitahu: “Meskipun bersaiz kecil, tikus tidak takut kepada polis. Pegawai di balai polis tidak boleh menjadi pakar untuk menyelesaikan semua perkara.”

Pada Mei 2020, tiga lelaki ditahan semasa  cuba menyeludup ganja menggunakan sebuah lori, di mana ganja seberat 386 kg turut ditemui.

Namun, ketika mahkamah memerintahkan polis menunjukkan bukti ganja yang ditemui dalam rampasan tersebut, pegawai memaklumkan bahawa bahan terlarang itu juga telah dimakan tikus. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI