fbpx

Piala Malaysia: 80,000 penyokong dijangka penuhi stadium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para penyokong Harimau Malaya memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada pasukan negara pada Perlawanan Akhir Pertama menentang Vietnam sempena Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018.

CHERAS – Polis memberikan amaran tegas kepada penyokong untuk tidak melakukan provokasi melampau sehingga mencetuskan kekacauan pada perlawanan akhir TM Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Seramai 80,000 penonton dijangka membanjiri SNBJ bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di sini, malam esok.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya akan membuat pemeriksaan ketat di setiap pintu masuk.

Katanya, ini bagi memastikan tiada barang larangan dan berbahaya dibawa masuk oleh penyokong.

“Senarai barang terlarang yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam stadium, mercun, bunga api atau suar.

“Selain daripada itu topi keledar, pen laser, mancis, pemetik api dan sebarang objek tajam seperti kayu, parang, pisau, serta minuman keras dilarang dibawa masuk ke dalam stadium,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zam Halim, pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang tidak mengikut undang-undang jalan raya seperti meletakkan kenderaan di tepi jalan atau menghalang trafik.

Jelasnya lagi, bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit, orang ramai turut dinasihatkan memakai pelitup muka di tempat yang sesak terutamanya di dalam stadium. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI