fbpx

Piala Dunia: Kanada bukti layak di Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAVIES berpeluang meletakkan Kanada di hadapan, namun sepakan penaltinya berjaya dihalang penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois. – AFP

AL RAYYAN – Pengendali Kanada, John Herdman percaya tidak ada kekesalan buat seluruh pasukannya yang tewas pada aksi pertama 0-1 menentang Belgium pada aksi Kumpulan F awal pagi semalam.

Sebaliknya, beliau percaya bahawa Kanada telah mempamerkan aksi terbaik dan membuktikan mereka layak untuk bersaing di pentas Piala Dunia dengan memberikan kesukaran kepada Belgium yang turut diletakkan sebagai pasukan pilihan menjadi juara pada edisi kali ini.

Alphonso Davies hampir meletakkan skuad yang terkenal dengan jolokan Les Rouges, namun sepakan penaltinya dinafikan sebelum mereka bolos gol jaringan Michy Batshuayi kira-kira seminit sebelum waktu rehat.

Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat mereka apabila Kanada terus melakukan asakan bertali arus sekali gus merekodkan 21 percubaan berbanding Belgium hanya sembilan kali menguji gawang mereka.

“Para pemain telah menunjukkan bahawa mereka layak berada di sini. Ia satu tempoh yang panjang sebelum kami kembali berada di sini.

“Kami turun dengan misi memburu beberapa jaringan, tidak diselubungi ketakutan dan mahu menikmati perlawanan. Saya fikir peluang kami masih belum tertutup berdasarkan keputusan antara Maghribi dan Croatia.

“Berdasarkan apa yang kami pamer, saya fikir kami tidak akan berdepan masalah untuk tugas seterusnya. Saya beritahu pemain bahawa mereka sudah melakukan apa yang diinginkan, kami akan turun berdepan Croatia dengan aksi sebegini sekali lagi,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI