fbpx

656 orang ditahan terlibat judi haram Piala Dunia 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS Thailand sekatat ini berjaya menahan 656 orang yang terlibat dalam perjudian semasa Piala Dunia 2022. - The Nation Thailand

BANGKOK – Polis Diraja Thailand (RTP) berjaya membanteras kegiatan judi haram (tanpa lesen) melibatkan Piala Dunia Qatar 2022 yang menyalahi undang-undang negara, lapor laman berita Thaiger semalam.

Pada minggu pertama kejohanan dunia itu, RTP menahan 656 rakyat Thailand kerana menganjurkan atau menyertai platform pertaruhan bola sepak tanpa lesen dengan jumlah rampasan sebanyak 200,000 baht (RM25,035).

Timbalan Pesuruhjaya Besar RTP, Phanurat Lakboon berkata, polis akan berusaha mencegah dan membanteras aktiviti perjudian haram semasa Piala Dunia 2022.

Menurutnya, seramai  656 orang ditahan dari 19 hingga 22 November lalu. Seramai 587 orang ditahan kerana perjudian berasaskan kertas, manakala 69 lagi melibatkan pertaruhan secara online.

Dalam pada itu, 11 daripada mereka adalah penganjur perjudian, manakala 640 lagi terdiri daripada kaki judi.

Pada Ahad lalu sahaja, hari apabila Piala Dunia Qatar bermula, polis menahan 411 orang dan merampas wang hampir 100,000 baht (RM12,517) daripada kumpulan judi.

Jumlah wang yang dirampas daripada pertaruhan bola sepak dalam tempoh empat hari lalu pula ialah 91,000 baht (RM11,390).

Menurut tinjauan, 59.6 peratus rakyat Thailand didapati berjudi dan aktiviti itu meningkat sebanyak 6.3 peratus dalam tempoh tiga tahun lalu. Bilangan penjudi baru juga meningkat dan aktiviti perjudian yang paling popular adalah pertaruhan bola sepak.

Mengikut Seksyen 12 Akta Perjudian, tindakan melantik, mengiklan dan menyertai meja perjudian akan membawa hukuman penjara antara tiga bulan hingga tiga tahun dan denda 500 baht (RM62) hingga 5,000 baht (RM626). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI