fbpx

Wanita hamil dicerai suami kerana tidak mahu bayi perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HU sudah melahirkan empat anak perempuan dan bakal mempunyai anak kelima. - Handout

BEIJING – Seorang wanita di China diceraikan suaminya kerana hamil anak kelima yang dikhuatiri merupakan bayi perempuan, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Hu, 25, sebelum ini telah melahirkan empat anak perempuan justeru, suaminya mahu menceraikannya kerana khuatir anak kelima mereka akan berjantina serupa.

Keluarga lelaki itu mempunyai kefahaman bahawa seorang wanita harus melahirkan anak lelaki untuk meneruskan keturunan. Jika tidak, mereka akan dianggap tidak berbakti.

“Dia mahu berkahwin semula dan mendapat anak lelaki dengan perempuan lain,” jelas Hu.

Akhirnya, Hu terpaksa bersetuju dengan perceraian itu. Empat anaknya masih akan tinggal bersamanya dan suaminya akan memberinya 1,000 yuan (RM639) setiap bulan.

Hu bagaimanapun tidak akan menggugurkan kandungannya dan biarpun sangat sedih serta kecewa dengan keputusan suaminya, dia tidak mampu berbuat apa-apa. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI