fbpx

Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Canselor UMK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN MUHAMMAD V (kanan) menyampaikan Ijazah Doktor Falsafah kepada graduan pada Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro Canselor dan Konvokesyen ke-12 di UMK Kampus Bachok hari ini. - KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

BACHOK – Sultan Kelantan, Tengku Muhammad V dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro Canselor dan Konvokesyen ke-12 UMK di sini hari ini.

Dalam istiadat sama, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra turut dinobatkan sebagai Pro Canselor UMK.

Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Razli Cheb Razak berkata, UMK meraikan seramai 2,211 graduan menerima Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dalam lima sidang yang bermula hari ini sehingga Jumaat.

Menurutnya, UMK turut meraikan 10 graduan sulung bagi Sarjana Komunikasi Perniagaan dari Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan.

“Selain itu, bekas Naib Canselor UMK Prof. Datuk Dr. Radzuan Che Ros turut dianugerahkan Profesor Emeritus atas jasa bakti dan kecemerlangan beliau menerajui UMK.

“Pelbagai kejayaan telah berjaya ditempa UMK. Terbaharu, UMK buat pertama kalinya tersenarai dalam The World University Rankings 2023 apabila berada dalam kedudukan antara 1,201 hingga 1,500,” katanya ketika berucap pada Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro Canselor dan Konvokesyen ke-12 di UMK Kampus Bachok, di sini hari ini.

Katanya, UMK juga adalah universiti awam pertama di Malaysia yang menerima Akreditasi Antarabangsa berkaitan keusahawanan selain diiktiraf sebagai universiti awam keusahawanan pertama oleh Accreditation Council for Entrepreneurial and Engaged University (ACEEU).

Tambahnya, momentum kejayaan itu dizahirkan dalam bentuk pengiktirafan apabila UMK dinobatkan sebagai universiti awam nombor satu di negara ini yang melahirkan bilangan graduan usahawan tertinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI