fbpx

‘Nenek’ Orang Asli fasih cakap Inggeris dengan pelancong asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang nenek ramah berbual dengan pelancong asing menggunakan bahasa Inggeris.

PETALING JAYA – Keramahan seorang warga emas Orang Asli yang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris undang rasa kagum orang ramai.

Perkongsian sebuah video di akaun TikTok @ryoq_radak, memaparkan seorang ‘nenek’ yang mesra berbual dengan pelancong asing yang melancong di kawasan kampung mereka.

Selepas video itu telah tular, majoriti orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah rasa kagum dengan intelektual warga emas tersebut biarpun tinggal di pedalaman

“Hebatnya makcik, itulah bukti bahawa pelajaran dalam Malaysia sudah membatasi segenap ceruk kampung,” komen seorang pengguna TikTok.

“Dia bercakap dalam gaya bahasa yang betul dan kelihatan tidak kekok sekali, kalau nenek pun boleh, orang muda apatah lagi, utamakan bahasa Melayu dan belajar bahasa lain juga untuk pengetahuan,” komen pengguna TikTok yang lainnya.

Dalam sudut lain, terdapat juga orang ramai yang berpendapat kebanyakan warga emas memang fasih berbahasa asing kerana mereka dahulunya bersekolah pada zaman British dan banyak aliran Inggeris.

“Dahulu banyak aliran Inggeris, semua subjek menggunakan bahasa Inggeris kecuali agama Islam dan bahasa Melayu,” tulis pengguna TikTok itu.

“Arwah ayah saya pun fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dengan adik-beradiknya sebab dahulu tahun 60-an, dia sekolah orang putih, majoriti orang lama pandai berbahasa Inggeris,” komen pengguna yang lainnya.

Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih 300,000 tontonan, 14,700 tanda suka dengan 252 perkongsian dan dihujani dengan pelbagai komen daripada orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI