fbpx

Lebih ramai pemimpin BN tiba di Menara Dato Onn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan tiba di Menara Dato Onn, pagi ini. - Foto AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Rata-rata pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah mula tiba di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), pagi ini.

Namun cubaan Kosmo! untuk mendapatkan reaksi mereka gagal, berikutan masing-masing masih bertindak mengunci mulut ketika disoal media tujuan sebenar perjumpaan pagi ini.

Antara yang kelihatan ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga difahamkan sudah berada di lokasi lebih awal bagi tujuan tersebut.

Turut hadir, Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Namun, Bung sempat berseloroh ketika ditanya media siapakah Perdana Menteri ke-10 yang akan dinamakan, dengan yakin beliau mengatakan bahawa beliaulah orangnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI