fbpx

PRU15: Tujuh kertas siasatan dibuka, 6 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazani.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka tujuh kertas siasatan atas pelbagai kesalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sejak semalam.

Pengarah Operasi PRU15 PDRM, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, jumlah itu melibatkan tiga siasatan di Selangor masing-masing dua siasatan di Pahang dan dua lagi di Johor.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan beberapa kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Akta Bahan Letupan 1957.

“Selain itu, polis membekas enam lelaki bagi kejadian yang dilaporkan berlaku di Sungai Petani, Kedah pada 19 November lalu,” ujarnya.

Menurut Hazani, enam lelaki itu ditahan susulan beberapa kumpulan parti melibatkan 300 orang berkumpul di Dataran Zero, Pekan Lama Sungai Petani pada pukul 2.15 pagi.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9 AKPR 1954.

“Sebanyak 3,417 laporan diterima sejak 4 November lalu sehingga semalam. Daripada jumlah itu, sebanyak 508 kertas siasatan dibuka dan 149 kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Tujuh kertas siasatan diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA), enam kes dituduh di mahkamah dan empat kes dijatuhi hukuman,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI