fbpx

Wanita lembam dirogol sehingga lahirkan bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan Team Hang Cangkul, Mohd. Ridzuan Osman membantu menguruskan jenazah bayi perempuan HSAH, Sungai Petani pada semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) lembam disyaki dirogol suami kepada sepupunya sehingga melahirkan bayi perempuan pada 23 Oktober lalu.

Bayi itu bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam akibat masalah jantung dan saluran pernafasan sempit.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa berusia 32 tahun dan mengalami masalah pembelajaran disyaki menjadi mangsa rogol suami kepada sepupunya berusia 45 tahun.

“Mangsa yang tidak bekerja itu terpaksa mendiamkan diri walaupun dirogol sebanyak lebih lima kali kerana mendakwa diugut bunuh oleh suspek.

“Semua kejadian itu didakwa berlaku di sebuah rumah yang didiami mangsa bersama bapa, adik perempuan dan adik iparnya,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, perbuatan jahat lelaki itu terbongkar selepas mangsa mengadu sakit perut dan dibawa keluarganya bagi mendapatkan rawatan di HSAH pada 23 Oktober lalu.

“Mangsa kemudian melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4.37 petang dan terpaksa dirawat di hospital kerana mengalami masalah kesihatan,” ujarnya.

Tambahnya, bayi itu bagaimanapun meninggal dunia ketika dirawat di hospital itu pada kelmarin.

“Suspek ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI