fbpx

PDRM teruskan fokus fasa pasca PRU15, pembentukan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpuas hati kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan kini meneruskan fokus terhadap pasca pilihan raya tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menyeru semua masyarakat agar yang tidak menganggu gugat ketenteraman dan keselematan awam sepanjang tempoh tersebut.

“PDRM bersedia dalam menghadapi fasa pasca PRU15 dan tempoh pembentukan kerajaan.

“Bagi merealisasikan itu, semua elemen telah digerakkan untuk memastikan ketenteraman awam terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan tindakan akan diambil bagi menangani tindakan mana-mana pihak yang dikesan cuba mengancam tahap keselamatan negara. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI