fbpx

Kampung People 3 tiada Jekfer, ramai kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUN HAQEEM dan Riena Diana, dua pelakon utama dalam Kampung People sebelum ini.

WATAK Jakfar atau lebih dikebali sebagai Jekfer yang diterajui aktor Hun Haqeem boleh dikatakan antara pelaris drama Kampung People (KP).

Bagaimanapun, Diva dimaklumkan watak tersebut tidak lagi ‘hidup’ dalam Kampung People musim ketiga.

Bukan Diva seorang sahaja yang kecewa tetapi juga peminat drama ini. Bagi mereka, ketiadaan watak Jekfer menghilangkan mood untuk terus mengikuti drama popular ini.

Diva akui, selain lakonan gila-gila Elly Mazlein dan Riena Diana, kemunculan Hun memang antara faktor drama ini laku keras sehingga menjadi kegilaan ramai.

“Kenapa tiada Jekfer dalam KP3? Dia ialah ‘baby boo’ kami!” komen netizen.

“Tiada siapa yang boleh ganti Hun untuk watak Jekfer. Sedihnya,” luah seorang lagi netizen.

Jadi, untuk berasa sedih kerana Jekfer tidak muncul dalam KP3, ada logiknya juga.

Tak mengapalah ya, mungkin untuk musim ketiga ini, jalan ceritanya lebih ‘havoc’ dan pecah perut.

DIVA: Tidak terlambat untuk ucap tahniah kepada Da’i Syed dengan Hana Ismail yang sudah bertunang pada 23 Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI