fbpx

Tambah RM12 juta lanjutkan Jelajah Ehsan Rakyat hingga Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham (kiri) menyantuni penduduk yang membeli menerusi JER di Seksyen 16, Shah Alam hari ini

SHAH ALAM – Kerajaan negeri memperuntukkan tambahan RM12 juta bagi Jelajah Ehsan Rakyat (JER) Selangor yang akan dilanjutkan sehingga Mac depan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim berkata, kelulusan peruntukkan tersebut diperolehi hasil Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tiga minggu lepas.

Katanya, ini bagi membantu rakyat Selangor mendapatkan bekalan bahan keperluan asas seperti ayam, telur, daging, ikan, minyak masak dan beras.

“Kita sudah mulakan jelajah ini dengan nama Jualan Prihatin yang merupakan Program Intervensi Harga Makanan Ehsan pada bulan Februari tahun ini.

“Sehingga Disember ini, kita memperuntukkan RM20juta dan akan ditambah RM12juta lagi sehingga Mac tahun depan,” katanya ketika ditemui pada program minum petang bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Beliau menambah, JER itu akan bergerak ke 700 lokasi setiap hari di seluruh Selangor menerusi tujuh buah trak.

Justeru katanya, orang ramai akan mendapat manfaat sewajarnya dalam mengatasi kos sara hidup mereka.

Untuk rekod, JER menawarkan harga RM10 masing-masing bagi sepapan telur, beras lima kilogram (kg), daging (satu kilogram), seekor ayam manakala ikan kembung (RM6sekilogram) serta sebotol minyak masak lima kg (RM25). – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI