fbpx

PRU15: 796 anggota, pegawai IPD Klang Selatan undi awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 796 anggota termasuk pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini menunaikan tanggungjawab mengundi awal hari ini.

KLANG – Seramai 796 anggota termasuk pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini menunaikan tanggungjawab mengundi awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, sebanyak empat saluran dibuka dalam proses pengundian bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang.

“Saya telah mengeluarkan arahan supaya 100 peratus anggota dan pegawai IPD ini untuk keluar mengundi.

“Masing-masing perlu menggunakan kebijaksanaan masing-masing dalam memilih calon dan melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara ini,”katanya ketika ditemui di pusat pengundian di IPD tersebut.

Jelas beliau, seramai 46 anggota dan pegawai juga telah terlibat dalam undi pos yang telah diselesaikan pada 11 November lalu.

Dua calon Parlimen Klang iaitu Dr. P. Jaya Chandran (Perikatan Nasional) dan

Proses pengundian awal di IPD tersebut turut dihadiri dua calon Parlimen Klang iaitu

Perikatan Nasional (PN) Parlimen Klang, Dr. P. Jaya Chandran dan J.R Deepak Jaikishan (Bebas) yang turut hadir menyaksikan penjalanan proses pengundian berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI