fbpx

PRU15: BN fokus tambah baik infrastruktur luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir (tengah) bersama sebahagian penuntut pada Majlis Penyampaian Sijil Bengkel Penerbitan Kreatif Finas-UiTM di Naka, Kuala Nerang hari ini.

KUALA NERANG – Barisan Nasional (BN) akan meneruskan usaha menambah baik infrastruktur kawasan luar bandar seperti diperuntukkan dalam Bajet 2023 sekiranya memperoleh mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebanyak RM2.55 bilion diperuntukkan bagi menambah baik kemudahan itu di luar bandar.

“Saya fikir infrastruktur rakyat menjadi keutamaan sebab itu adalah prasarana di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar termasuk membaik pulih jalan kampung, jalan luar bandar, lampu jalan serta kemudahan sosial seperti dewan dan surau.

“Nombor dua yang kita nak tengok adalah penyelenggaraan yang berkaitan dengan tabika Kemas di kawasan kampung dan pinggir bandar,” katanya pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Bengkel Penerbitan Kreatif Finas-UiTM di Naka, dekat sini hari ini.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, kementerian itu juga menerima peruntukan sebanyak RM460 juta bagi membina baharu dan membaik pulih rumah yang ditingkatkan daripada RM361 juta sebelum ini.

“Projek lain ialah melibatkan bekalan elektrik luar bandar dengan peruntukan RM472 juta, Projek Bekalan Air Luar Bandar dan Bekalan Air Alternatif RM381 juta, RM123 juta bagi Projek Lampu Jalan Kampung melalui pemasangan baharu 6,800 unit lampu dan penyelenggaraan,” ujarnya.

Tambahnya, bantuan secara langsung kepada golongan rentan di luar bandar akan diteruskan termasuk bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk 450,000 isi rumah.

“Selain itu, subsidi bil elektrik RM40 diperluaskan kepada kumpulan paras garis kemiskinan (PGK) Makanan 2019, perlindungan sosial RM734 juta iaitu perlindungan insurans atau takaful bagi B40 dan penerima bantuan BKM,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI