fbpx

Piala Malaysia: Selangor FC mara ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain NSFC mengasak kubu gol pasukan Selangor FC, ketika beraksi pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, hari ini.

SEREMBAN – Pasukan Selangor FC berjaya mara ke separuh akhir Piala Malaysia walaupun pelawanan tamat dengan keputusan seri 2-2 ketika menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam perlawanan suku akhir kedua malam ini.

Pada perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini itu, Selangor FC mempunyai kelebihan selepas menewaskan NSFC 2-0 pada aksi suku akhir pertama sebelum ini.

Gol pembukaan Selangor FC berjaya dijaringkan oleh Herlison Caion pada minit ke-10.

Cubaan NSFC untuk merapatkan kedudukan berjaya melalui sepakan penalti yang dibuat Matheus Alves Leandro pada minit ke-24.

Selangor FC berjaya menjarakkan kedudukan melalui sepakan Yazan Mousa Mahmoud Al-Arab pada minit ke-44

Gol kedua NSFC berjaya dihasilkan ketua pasukan, Zaquan Adha Abd Razak pada masa tambahan tiga minit separuh masa pertama.

Perlawanan tamat dengan tambahan masa empat minit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI