fbpx

Ismail Sabri tinjau Karnival Jualan Keluarga Peladang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL Sabri meninjau gerai jualan Karnival Jualan Keluarga Peladang di Dataran Kerayong di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melakukan tinjauan pada Karnival Jualan Keluarga Peladang di Dataran Kerayong, di sini.

Ismail Sabri yang tiba kira-kira pukul 11 pagi beramah mesra dengan pengunjung sebelum melawat gerai pameran seperti gerai usahawan tradisional dan gerai pertubuhan peladang.

Perdana Menteri turut meninjau gerai jualan ayam yang ditawarkan dengan harga serendah RM8 seekor dan juga beras yang ditawarkan pada harga RM6 bagi satu beg lima kilogram.

Karnival Jualan Keluarga Peladang anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) merupakan pengisian bersama Karnival Anak Muda Gegor Bera.

Objektif program Karnival Jualan Keluarga Peladang antara lain bagi mengeratkan hubungan Nafas dengan ahli Peladang serta masyarakat setempat secaranya amnya.

Pelbagai pameran dan jualan dengan penglibatan bersama jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan antaranya Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Agrobank dan penglibatan sama Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) serta Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI