fbpx

PM kerah agensi keselamatan bantu mangsa banjir di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja membantu mangsa banjir sedang dilakukan

PETALING JAYA – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta agensi penyelamat seperti Jabatan Bomba,Polis Diraja Malaysia (PDRM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah dikerahkan ke lokasi dilanda banjir di Selangor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selepas beliau menerima laporan beberapa kawasan di negeri Selangor dinaiki air sejak semalam, agensi terbabit telah dikerahkan bagi memindahkan mangsa.

“Saya mengarahkan semua agensi yang terlibat termasuk Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), memberikan perhatian sepenuhnya untuk membantu semua Keluarga Malaysia yang ditimpa musibah banjir.

“Pastikan operasi menyelamat mangsa berjalan dengan lancar, stok makanan dan pengangkutan telah bersedia sepenuhnya,” katanya di Facebook miliknya sebentar tadi.

Tambah Ismail Sabri, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan bencana yang berlaku dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh agensi keselamatan.

“Sentiasa peka dengan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia bagi membuat persediaan awal.

“Sama-sama kita berdoa agar bencana alam ini segera pulih dan mangsa dapat pulang ke kediaman masing-masing dengan selamat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI