fbpx

Laluan bas GoKL ditambah susulan gangguan perkhidmatan LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menambah laluan bagi perkhidmatan khas Bas GoKL berikutan gangguan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid Rail la­luan Kelana Jaya.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, laluan khas berkenaan bermula hari ini dan ia melibatkan penambahan enam buah bas.

Katanya, laluan khas itu meliputi kawasan Pasar Seni – Masjid Jamek – KLCC dengan kekerapan setiap 10 minit pada waktu puncak iaitu pukul 7 pagi sehingga 9 pagi dan 5 petang sehingga 8 malam.

“Perkhidmatan Bas GoKL bagi 11 laluan sedia ada berjalan seperti biasa. Bagi meningkatkan kekerapan penyuraian trafik, DBKL telah menambah dua lokasi ‘point duty’ daripada 13 ‘point duty’ sedia ada.

“Penambahan dua lokasi ‘point duty’ ialah di Jalan Jelatek dan Jalan Datuk Keramat. Selain itu, DBKL turut menambah bilangan warden trafik di kawasan yang mempunyai aliran trafik yang tinggi dengan kekuatan keseluruhan seramai 45 orang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mahadi berkata, DBKL sedia memberikan bantuan dan kerjasama kepada pihak Prasarana Malaysia Berhad, Polis Diraja Malaysia dan agensi sahabat yang lain.

Jelasnya, ia bagi memastikan kelancaran trafik dan memberikan kemudahan kepada pihak yang terkesan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Kosmo! sebanyak 16 stesen di sepanjang laluan perjalanan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya ditutup serta-merta ekoran berlaku gangguan berterusan sejak Selasa Lalu.

Ekoran gangguan itu, kesemua 16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI