fbpx

Tutup operasi sehingga temui punca kerosakan LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KA SIONG mengadakan sidang media sempena Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Warga Parlimen Ayer Hitam di Taman Suria Ros, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

BARU PAHAT – Laluan di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park tidak akan dibenarkan beroperasi sehingga punca kerosakan sebenar dapat dikenal pasti dan diatasi sepenuhnya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong berkata, penutupan bagi mengelakkan keadaan lebih teruk selain mengelakkan daripada berlaku perkara tidak diingini.

Katanya, sehingga kini beliau hanya diberitahu tentang kejadian laluan berkenaan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan tren, namun masih tidak dimaklumkan punca sebenar kejadian.

“Untuk itu, laluan berkenaan akan ditutup selama tujuh hari mulai bagi kerja-kerja baik pulih sistem dilakukan dan hanya akan dibuka selepas ia benar-benar boleh beroperasi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Pihak Prasarana juga dingatkan sentiasa memberikan maklumat kepada orang ramai perkembangan kerja baik pulih laluan berkenaan bagi membolehkan mereka membuat perancangan perjalanan sama ada menggunakan alternatif pengangkutan lain,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Komplek Balai Orang Ramai di Taman Suria, Ayer Hitam, hari ini.

Dalam pada itu, Prasarana dalam kenyataannya berkata, semua perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan menamatkan operasi lebih awal iaitu pada pukul 11 malam bagi memberi lebih masa kepada pasukan kejuruteraan untuk melaksanakan kerja rektifikasi dan baik pulih

Pihak Rapid Rail juga akan berusaha untuk menyelesaikan masalah rumit itu dalam masa tersingkat, manakala perkhidmatan bas perantara percuma akan disediakan bagi menampung penumpang dan mengurangkan kesesakan di stesen yang terjejas.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI