fbpx

Abang ‘Foodpanda’ redah banjir cari rezeki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang penghantar makanan meredah banjir untuk menghantar pesanan pelanggan.

PETALING JAYA – Tindakan seorang penghantar makanan meredah banjir untuk menghantar pesanan pelanggan menyentuh hati serta meraih pujian orang ramai.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @echa.cha__ memperlihatkan seorang lelaki menunggang motosikal sanggup meredah banjir demi memastikan pelanggan menerima pesanan dengan baik dan cepat.

Rata-rata orang ramai memuji sikap penghantar makanan tersebut kerana begitu gigih mencari rezeki walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

“Tetap hantar pesanan walaupun banjir, pelanggan je tidak faham penghantar makanan, asyik mahu marah sahaja,” komen pengguna TikTok.

“Dalam mencari sesuap nasi sanggup redah. Tanpa penghantar makanan, makanan tidak akan sampai.

“Moga semua penghantar makanan dimurahkan rezeki dan selamat dalam bekerja walaupun hujan, panas, banjir dilalui,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

“Aku kalau hujan aku tidak jadi membuat pesanan kerana kasihankan mereka tetapi bila fikir balik, ini punca pendapatan mereka, jadi aku hormat sangat dengan penghantar makanan ini, rajin cari rezeki,” tulis pengguna TikTok yang lainnya.

Dalam pada itu, terdapat juga orang ramai yang meminta penghantar makanan tersebut untuk lebih berhati-hati kerana bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Hati-hati abang, risau dalam banjir ni banyak benda yang tidak dijangka boleh berlaku. Apapun saya doakan yang terbaik buat abang,” tulis pengguna TikTok di ruangan komen.

Setakat ini, video tular tersebut telah meraih sebanyak lebih 1 juta tontonan, 77,800 tanda suka dengan 960 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI