fbpx

Pakaian dalam lebih selesa tanpa ‘wayar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

RAMAI wanita tidak sedar bahawa pemilihan pakaian dalam yang sesuai dengan aktiviti harian serta memiliki ciri memeri mengikut gerakan tubuh badan adalah amat penting bagi memberi keselesaan.

Sebagai contoh, pakaian dalam sukan atau sports bra lazimnya mempunyai ciri tanpa ‘wayar’ dengan sokongan penuh pada bahagian dada bagi memberikan keselesaan maksimum ketika melakukan aktiviti lasak.

Pakaian dalam jenis wayar pula lebih sesuai digunakan secara harian kerana memberikan sokongan penuh, selesa dan menjadikan penampilan seseorang wanita itu tampak kemas.

Baru-baru ini, jenama pakaian dalam wanita terkemuka dunia, Triumph melancarkan koleksi Triumph Flex Smart yang merupakan koleksi pakaian dalam inovatif dan mengikut pergerakan unik tubuh wanita.

Koleksi tersebut dilancarkan bagi meraikan bentuk tubuh setiap wanita yang berbeza-beza.

Menurut Pengurus Pemasaran Kanan Triumph Malaysia, Natasha Mooy, pihaknya teruja dapat melancarkan visi baharu jenama itu bagi meraikan kuasa wanita dalam membentuk identiti unik mereka.

“Kami ingin memperkasakan kaum wanita untuk menzahirkan keunikan individu mereka dengan cara paling peribadi.

“Justeru, kami akan terus menawarkan pengalaman dan inovasi produk dengan reka bentuk lebih fleksibel.

“Ia bagi membolehkan setiap wanita dapat menjiwai kebebasan dalam pergerakan serta ekspresi diri mereka dengan cara tersendiri,” katanya.

PAKAIAN dalam Triumph Flex Smart ini mempunyai ciri fleksibel bagi memberi keselesaan kepada si pemakai.

Koleksi Triumph Flex Smart menampilkan ciri fleksibel yang mengikuti bentuk tubuh wanita saat bergerak.

Biarpun mementingkan ciri keselesaan, Triumph tidak mengenepikan ciri kecantikan apabila koleksi itu hadir dalam rona-rona lembut bagi menyerlahkan sisi feminin dan sensual.

Selain itu, ia sesuai dipakai sebagai pakaian dalam harian kerana cirinya yang memberikan sokongan penuh kepada pemakai.

Koleksi tersebut juga cukup sesuai digayakan ketika melakukan aktiviti yoga dan senaman ringan seperti regangan.

Menariknya, ciri tanpa wayarnya menampilkan fabrik cukup ringan serta keupayaan mengawal suhu untuk keselesaan berpanjangan.

Ujar Natasha, cawan atau cup pada bahagian pakaian dalam itu bersifat tanpa kedut bagi membolehkannya digulung, disimpan atau dikemaskan.

“Kemasan pada pakaian dalam itu juga bersifat licin dan menjadikan ia tidak kelihatan apabila dipakai di dalam pakaian,” ujarnya.

Rangkaian Triumph Flex Smart turut menampilkan baju dalam vest, bra tanpa wayar jenis pull on, baju lengan panjang dengan padanan seluar legging.

Harga bagi rangkaian Triumph Flex Smart bermula pada RM89.90.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web my.triumph.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI