fbpx

65.34 juta rakyat Indonesia terima dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAKSI seorang wanita semasa menerima suntikan dos penggalak Covid-19 jenis Pfizer di Jakarta pada 29 Mac lalu. - AFP

JAKARTA – Pasukan Petugas Pengendalian Covid-19 (Satgas) memaklumkan bahawa seramai 65.34 juta rakyat Indonesia telah menerima suntikan ketiga atau dos penggalak vaksin Covid-19 setakat kelmarin, lapor saluran berita Liputan6.

Jumlah penduduk yang menerima suntikan dos penggalak di negara itu kelmarin adalah seramai 70,077 orang, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 65,344,938 orang.

Angka itu mewakili 27.85 peratus daripada sasaran vaksinasi Covid-19 yang ditetapkan untuk keseluruhan 234,666,020 rakyat Indonesia.

Dos keempat atau dos penggalak kedua juga telah disuntik kepada 680,210 orang. Ia ditawarkan kepada petugas-petugas kesihatan di Indonesia.

Sementara itu, Satgas turut mendedahkan bahawa  jumlah suntikan dos pertama yang diberikan kepada 205,184,682 orang selepas peningkatan seramai 8,812 orang kelmarin.

Kes Covid-19 di Indonesia mengalami peningkatan sebanyak 4,717 kes setakat kelmarin. Jumlah itu sejak dihitung secara rasmi pada 2 Mac 2020 telah mencecah 6,517,630 kes.

Seramai 2,930 pesakit telah pulih daripada jangkitan Covid-19 kemarin, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih kepada 6,322,920 orang.

Jumlah kematian harian pula meningkat sebanyak 93 orang kelmarin. Sehingga kini, 158,807 orang telah meninggal dunia akibat Covid-19 di Indonesia. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI