fbpx

PRU15: PM berjiwa besar sapa calon PH semasa walkabout

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (dua dari kanan) bertegur sapa dengan calon-calon PH di Pekan Sehari Kerayong, Bera hari ini.

BERA – Suasana Pekan Sehari Kerayong di sini menjadi riuh apabila dua rombongan parti politik antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bertembung semasa program ‘walkabout’ pada hari kedua kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Calon BN bagi kerusi Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai, Datuk Sabariah Saidan tiba di laluan masuk utama di tapak Pekan Sehari Kerayong pada pukul 9.15 pagi sebelum bertembung dengan rombongan calon-calon PH kira-kira pukul 9.43 pagi.

Semua calon PH iaitu bagi kerusi Parlimen, Abas Awang; calon DUN Guai, Noraini Abdul dan calon DUN Triang, Leong Yu Man turut melakukan sesi ‘walkabout’ dari laluan lain sebelum mereka bertembung di tengah-tengah tapak perniagaan tersebut.

Tindakan Ismail Sabri yang menyapa pesaingnya itu menunjukkan beliau berjiwa besar dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Semua calon bersalaman dan bertegur sapa antara satu sama lain dalam suasana harmoni tanpa ketegangan antara penyokong kedua-dua parti. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI