fbpx

Nenek 56 tahun lahir ‘cucu sendiri’, jadi ibu tumpang benih anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NANCY melahirkan Hannah selepas berada dalam bilik bersalin selama sembilan jam. - cambriairene/Instagram

WASHINGTON – Seorang wanita di negeri Utah, Amerika Syarikat berjaya melahirkan cucunya apabila menjadi ibu tumpang kepada anak lelakinya sendiri, lapor akhbar New York Post.

Nancy Hauck, 56, melahirkan cucu perempuannya, Hannah pada Rabu lalu. 

Dia menjadi ibu tumpang kepada anaknya, Jeff, 33, dan menantu, Cambria, 30, yang menjalani histerektomi (pembedahan buang rahim) selepas kelahiran traumatik pasangan kembar kedua mereka.

“Semuanya berjalan dengan sempurna dan kami berasa sangat bertuah kerana memilikinya (Hannah) dalam keluarga kami,” kata Nancy kepada majalah People selepas kelahiran itu.

Nancy berada di bilik bersalin selama sembilan jam. Dia menyifatkan pengalaman itu sebagai ‘luar biasa dan kerohanian’, tetapi ‘merasa sedikit sedih akibat perpisahan’.

Jeff bertemu Cambria sebelum wanita itu memasuki tahun akhir sekolah tinggi. Pasangan muda itu bergelut selama enam tahun sebelum menyambut kelahiran kembar pertama, Vera dan Ayva, kini 4 tahun, serta Diesel dan Luca, kini 13 bulan, melalui rawatan Persenyawaan in Vitro (IVF).

Mereka kecewa apabila mengetahui Cambria tidak dapat lagi melahirkan anak dengan selamat selepas dia dinasihatkan untuk menjalani pembedahan histerektomi pada September 2021.

Nancy ketika itu menawarkan diri untuk menjadi ibu tumpang kepada anaknya. Dia memulakan rawatan hormon pada Januari lalu dan menyuntik dirinya setiap hari selama 12 minggu dengan bantuan bapa Jeff, Jason, 59.

Nancy disahkan hamil pada Februari lalu sebelum melahirkan Hannah yang dikandung selama sembilan bulan pada Rabu lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI