fbpx
HAFIZATUL berharap Obsess Cosmetics terus berkembang dan menembusi lebih banyak pasaran global yang lain.

Instafamous jelita manfaatkan media sosial untuk bisnes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Minat yang begitu mendalam terhadap dunia kecantikan membuatkan Hafizatul Atikah bertekad untuk mengusahakan bisnes kosmetik.

Asalnya merupakan seorang pegawai bank, wanita ini meletak jawatan untuk menjadi seorang jurusolek.

“Kerjaya sebagai jurusolek memang bagus dan menyeronokkan, namun saya mencari satu jaminan dalam kehidupan dan kerana itulah terciptanya Obsess Cosmetics,” ujarnya.

Bijak memanfaatkan peluang, Hafizatul turut bergelar pempengaruh media sosial apabila mempunyai pengikut lebih daripada 100,000 di laman Instagramnya.

“Bagi saya, ia memang menjadi suatu kelebihan untuk saya melakukan personal branding sekali gus menjimatkan kos pemasaran.

“Selain itu, saya harus selalu menonjolkan diri dengan menghasilkan video dan kandungan berkualiti agar sentiasa tampak relevan di media sosial,” ujarnya.

Tidak mahu perniagaan terus berada di tahap sama, Hafizatul dan suami mengambil keputusan untuk menyertai program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) anjuran Richworks pada 2018.

Kini berada dalam program pementoran RichWorks sejak 2021, beliau akui banyak ilmu yang ditimba membantu perniagaan beliau untuk terus berkembang lebih pesat.

“Datuk Wira Dr. Azizan Osman bertindak sebagai mentor yang memberi penunjuk arah kepada kita agar membuat keputusan tepat dan tidak lagi mengulangi kesilapan sama.

“Seorang mentor juga akan menarik kita daripada terus jatuh dan memberi panduan hala tuju dalam dunia bisnes,” jelasnya.

Menyasarkan jualan sebanyak RM15 juta tahun ini, beliau berharap agar jenama syarikatnya dapat menembusi pasaran global selepas berjaya menembusi pasaran Brunei dan Singapura.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk Obsess Cosmetics, layari laman Instagram @hafizatulatikah.

POPULAR