fbpx

Dua lelaki maut, kereta bertembung bas ekpres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta jenis Toyota Corolla yang dinaiki kedua-dua mangsa selepas bertembung dengan sebuah bas di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, Kampung Aur Tanjung dekat Pasir Mas hari ini. - IHSAN POLIS

PASIR MAS – Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah bas ekspres di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah dekat Kampung Aur Tanjung, Tok Uban di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu mengorbankan pemandu kereta jenis Toyota Corolla, Mohd. Yusairie Osman, 38, dan penumpang, Abdul Majid Hamid, 37, di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, siasatan awal dan pemeriksaan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) bas tersebut mendapati, kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai dipandu laju.

Menurutnya, insiden itu menyebabkan kereta tersebut terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebuah bas ekspres.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu bas tersebut yang berusia 58 tahun cedera ringan.

“Siasatan turut mendapati, kemalangan berpunca daripada pemandu kereta tersebut yang memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI