fbpx

Jangan komen untuk hentam orang – Lah Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KATA Lah, industri seni sangat kecil dan tidak perlulah untuk menghentam sesiapa tetapi sebaliknya perlu saling menyokong antara satu sama lain.

PETALING JAYA – Penyanyi Lah Ahmad terbuka menerima kelantangan Damian Mikhail memberikan pendapat mengenai ahli kumpulan V.E baharu yang menyertai Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Bagaimanapun ujar Lah, 42, dia lebih mengutamakan sokongan buat rakan-rakan seperjuangannya itu berbanding mengkritik.

Pemilik nama penuh Abdullah Ahmad itu berkata, sebagai bekas ahli V.E, Damian sepatutnya memberikan kata-kata membina untuk rakan mereka berjuang di GV9.

“Saya lebih bersetuju bagi komen membina buat kawan-kawan. Apa yang kita perlukan dalam industri adalah kena bagi sokongan dan doa kepada rakan seangkatan.

“Jangan komen untuk hentam orang. Industri kita ini kecil, nanti akan jumpa balik.

“Ini baru dekat sini nanti di Padang Mahsyar orang ungkit balik apa yang kita tidak puas hati. Jangan buat salah walau sebesar zarah,” luahnya kepada Kosmo! Online.

Lah berkata demikian merujuk terhadap isu Damian yang dilihat lantang bersuara mengkritik kumpulan V.E menyertai GV9 dengan kapasiti ahli baharu.

Bahkan, Damian dilihat tidak berpuas hati dengan kehadiran V.E di pentas GV9 membawakan lagu-lagu lama kumpulan itu tetapi persembahan jauh beza dengan versi asal.

Dalam pada itu, Lah juga sering mengambil berat dan memantau prestasi kumpulan V.E sepanjang berada di GV9 dan merasakan kedatangan ahli baharu dalam kumpulan tersebut sangat serasi.

Meskipun sudah bergerak solo, Lah sering berkomunikasi memberikan nasihat dan sokongan buat kumpulan itu untuk terus memberikan persembahan yang terbaik.

“Saya memang peka dengan perkembangan terkini sahabat-sahabat walaupun dari bidang apa sekali pun.

“Bagi saya mereka selesa dan ada keserasian. Jadi, keharmonian itu tercetus kerana keakraban mereka.

“Setiap minggu saya tengok persembahan mereka dan kami pernah berjumpa semasa V.E sedang membuat latihan,” ujarnya.

Penyanyi lagu Kau Tercipta itu ditemui pada sidang akhbar Konsert 25 Years Lah Ahmad di PJ PAC One Utama, Damansara Utama baru-baru ini.

Pelantun lagu Kau Tercipta itu akan mengadakan konsert 25 Years Lah Ahmad Live In Concert awal tahun hadapan untuk memberi penghargaan buat peminat yang setia bersamanya sepanjang berada dalam industri hiburan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI