fbpx

Anak derhaka tumbuk, pijak dada ibu kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perbuatan seorang anak yang menumbuk muka dan memijak dada ibunya sehingga cedera akhirnya berbalas apabila dia ditahan di kawasan Kampung Lindungan, disini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, kelmarin, mangsa yang juga ibu kepada suspek telah tampil membuat laporan polis berkenaan kejadian itu.

Jelasnya, mangsa berusia 44 tahun itu telah dicederakan anak lelakinya pada Jumaat lepas akibat mangsa didakwa tidak mengemas rumah kediaman mereka di Sungai Way, di sini.

“Ketika kejadian, suspek bertindak mengunci pintu rumah lalu membaling barang perhiasan rumah ke arah mangsa.

“Selepas itu, suspek bertindak menumbuk muka dan memijak badan di bahagian dada kiri mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, mangsa turut menyatakan ini bukan kali pertama dirinya dipukul suspek sehingga cedera.

Menurut Fakhruddin, suspek berusia 19 tahun itu ditahan semalam dan semakan mendapati dirinya mempunyai satu rekod lampau jenayah.

Katanya, saringan dadah terhadap suspek didapati negatif dadah.

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya dan telah dibenarkan suspek ditahan reman sehingga Sabtu depan untuk siasatan lanjut.

“Ekoran kejadian itu, kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI