fbpx

MFL ‘haramkan’ Sarawak United, Melaka United pada Liga M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STUART mengumumkan bahawa Sarawak United dan Melaka United tidak mendapat lesen untuk bersaing pada Liga M musim depan.

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) langsung tidak memberi muka kepada Melaka United dan Sarawak United selepas rayuan yang dikemukakan kedua-dua kelab itu ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan Perlesenan.

Perkembangan itu bermakna Melaka United dan Sarawak United sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Malaysia (Liga M) di bawah seliaan MFL yang turut mengekalkan 16 pasukan bertanding pada Liga Super musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam berkata, selepas meneliti rayuan yang dikemukakan oleh kedua-dua pasukan, jawatankuasa rayuan ambil pendekatan mengekalkan keputusan dibuat First Instance Body (FIB), 12 Oktober lalu.

“Untuk bina industri ini bukan senang dan kita di sini mahu membuat pengumuman yang tidak enak diberitahu. Bagi pihak jawatankuasa rayuan perlesenan kelab, jawatankuasa mengeluarkan keputusan rayuan Melaka United dan Sarawak United yang memohon lesen kebangsaan adalah ditolak.

“Dengan itu keputusan yang saya umumkan hari ini, Melaka United dan Sarawak United tidak ada lesen untuk bertandig pada Liga M 2023,” katanya.

Untuk rekod, FIB sebelum ini mengesahkan kedua-dua pasukan gagal meraih lesen kebangsaan yang disyaratkan kepada semua pasukan untuk bertanding pada Liga M, namun jawatankuasa itu memberi tempoh tujuh hari sehingga 19 Oktober untuk mengemukakan rayuan.

Bagaimanapun, Stuart menegaskan, keputusan ini bukannya ‘jalan mati’ buat kedua-dua pasukan yang mungkin akan beraksi pada Liga M3.

“Dalam struktur di bawah naungan MFL, Liga M memerlukan lesen untuk bertanding dan kita tidak boleh terima Melaka United dan Sarawak United bertanding. Tetapi tidak bermakna pasukan ini perlu tutup dan tidak boleh bermain bola lagi.

“Masih ada struktur di bawah, Liga Bola Sepak Amatur (AFL) mungkin ada kedudukkan buat kedua-dua pasukan ini. Namun, keputusan ini adalah di bawah badan dan peraturan berbeza, sama ada AFL boleh terima atau tidak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI