fbpx

K2

Lahirkan 70 huffaz di sebalik kekangan pandemik Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRADUAN Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat bergambar bersama tetamu khas, pentadbir dan tenaga pengajar Kolej Hafiz, Klang semasa majlis konvokesyen yang berlangsung di MBSA Convention Centre, Shah Alam, Selangor baru-baru inl.

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang pandemik Covid-19 yang berlarutan selama dua tahun sejak tahun 2020 hingga awal tahun ini tidak menghalang Kolej Hafiz, Klang, Selangor melahirkan graduan dalam bidang hafazan al-Quran.

Kolej Hafiz, sebagaimana pusat pendidikan lain turut menerima ujian apabila terpaksa dihentikan operasi seketika bagi memastikan pandemik Covid-19 tidak menular dalam kalangan pelajar.

Menurut Mudir Kolej Hafiz yang juga merupakan Pencetus Ummah (PU) Muhammad Hafiz Abu Haneefa atau PU Hafiz, sebagai tenaga pengajar merangkap pihak pengurusan, pandemik Covid-19 menyebabkan operasi Kolej Hafiz terjejas dari aspek pembelajaran dan pengajaran (P&P) secara fizikal.

“Namun, perjuangan harus diteruskan bagi memastikan huffaz terus dilahirkan tanpa mengira waktu susah dan senang.

“Bukan kami sahaja terkesan dengan pandemik Covid-19. Ia sudah menjadi fenomena global,” katanya pada Majlis Konvokesyen Kolej Hafiz Kali Ke-20 yang diadakan di MBSA Convention Centre, Shah Alam baru-baru ini.

Perkataan huffaz adalah merujuk kepada penghafaz-penghafaz al-Quran.

PU Hafiz berkata, untuk konvokesyen tersebut, seramai 70 graduan menerima Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat masing-masing.

PU Hafiz menjelaskan, cabaran untuk mendidik bakal huffaz tersebut semasa pandemik Covid-19 adalah untuk mengajar mereka secara bertalaqi atau secara fizikal.

“Untuk menjadi huffaz, para pelajar lebih afdal untuk berada bersama guru di Kolej Hafiz. Pengajaran secara fizikal menjadikan hafazan lebih baik tanpa gangguan audio,” terangnya.

PENGARAH Kolej Hafiz, Abu Haneefa (kiri) menyaksikan tetamu khas menyampaikan anugerah kepada salah seorang graduan.

PU Hafiz berkata, pihaknya bukan saja ingin melahirkan graduan huffaz semata-mata tetapi berharap agar mereka menjadi golongan profesional seperti doktor, jurutera, akauntan dan lain-lain.

“Huffaz kita kini ada yang menjadi doktor, pensyarah universiti dan pentadbir masjid di seluruh negara.

“Kita berbangga graduan Kolej Hafiz bukan sahaja mantap sebagai huffaz tetapi berjaya dalam bidang profesional,” ujarnya.

Mengulas mengenai pencapaian Kolej Hafiz sejak ditubuhkan lebih dua dekad, beliau berkata, pihaknya menerima pengiktirafan enam bintang ‘Highly Competitive’ dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Untuk melahirkan huffaz profesional, PU Hafiz berkata, pada tahun 2002 pihaknya mengadakan memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Al Azhar dan Universiti Islam Madinah bagi menghantar pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang syariah, usuluddin, bahasa Arab, al-Quran dan hadis.

“Untuk Universiti Al Azhar hanya dalam bidang taqasus qiraat,” katanya.

PU Hafiz memberitahu, Kolej Hafiz diasaskan oleh bapanya, Abu Haneefa Hussin bermula dari kelas tuisyen pada tahun 1987.

“Kelas hafazan semasa itu diadakan sebelah malam tapi bukan sepenuh masa. Hanya pada 1993 barulah kita mulakan kelas hafazan al-Quran secara rasmi dengan nama Madrasah Hafiz,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI