fbpx

Delux buka bilik pameran pintu pagar automatik terbesar di JB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saig Herg (dua dari kanan) pada majlis pelancaran bilik pameran terbesar Delux di Johor Bahru baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Delux Hol­dings (M) Sdn. Bhd. (Delux), pengeluar pintu pagar automatik dan sekuriti terkemuka di Asia Tenggara, telah membuka bilik pamerannya yang terbesar khusus untuk pintu pagar automatik dan pintu sekuriti.

Bilik pameran yang terletak di Taman Ekoperniagaan di sini berfungsi sebagai pintu masuk untuk pelanggan melihat dan merasai rangkaian produk Delux dan ciri-cirinya dengan lebih baik.

Pengasas syarikat, Datuk Dylan Chui Saig Herg berkata, pembukaan bilik pameran ini bertepatan dengan masanya ke­rana dapat membantu pe­langgan memenuhi impian membina rumah idaman dengan lebih baik dan selamat.

“Bilik pameran ini terdiri daripada pelbagai bahagian terma­suk kawasan paparan contoh yang mempamerkan sehingga enam set pintu pagar auto­matik aluminium tanpa trek yang tersedia dalam empat panel, enam panel dengan spesifikasi berbeza serta 10 set pintu seku­riti alumi­nium, pintu tersedia dalam satu panel dan panel satu setengah serta dua panel selebar lapan kaki atau 2.4 meter,” katanya.

Beliau berkata demikian da­lam kenyataan bersempena maj­lis pelancaran bilik pameran terbaharu itu di sini baru-baru ini.

Saig Herg menjelaskan, untuk perancangan masa depan, syarikat akan terus meningkatkan kehadiran syarikat dalam platform online.

“Kami bercadang untuk me­lancarkan bilik pameran pintu pagar automatik aluminium tanpa trek dan pintu sekuriti aluminium yang terbesar di Malaysia tahun depan.

“Kami tidak sabar untuk melihatnya menjadi kenyataan. Kami akan terus kaji dan menghasilkan produk serta reka bentuk baharu pada masa depan.” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI